Stay with Us

Dasar Privasi English | Bahasa Malaysia

Dasar Privasi ini menyatakan cara bagaimana Nomad Bangsar mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengendali, menyesuai, mengubah, memperoleh, mendedah, memproses, mengguna, memindah dan melindungi Data Peribadi yang anda berikan kepada kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Perkataan "kami" merujuk kepada Nomad Bangsar sebagai pemilik laman web ini. Perkataan "anda" merujuk kepada pengguna atau pembaca laman web ini.

Data Peribadi
Data Peribadi anda adalah maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut dan/atau maklumat lain yang anda mungkin diminta untuk kemukakan dari masa ke masa sepanjang tempoh interaksi anda dengan kami.

Data Peribadi Yang Kami Boleh Kumpul
Kami boleh mengumpul pelbagai jenis Data Peribadi anda, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i) nama, jawatan dan nama syarikat,
(ii) usia, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport;
(iii) bangsa, etnik, warganegara;
(iv) maklumat untuk dihubungi termasuk alamat, alamat e-mel dan nombor telefon;
(v) pekerjaan, nama majikan, alamat majikan, alamat e-mel majikan;
(vi) maklumat kad kredit, kad kaj, kad debit dan butir-butir perbankan; dan
(vii) apa-apa maklumat lain yang berkenaan untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan atau produk kami kepada anda.

Bagaimana Kami Gunakan Data Peribadi Anda
Data Peribadi anda yang kami kumpul membolehkan kami:

(i) memproses urus niaga yang perlu berhubung dengan hal-hal yang berkenaan;
(ii) memastikan anda menerima makluman promosi terkini dan acara-acara kami yang mendatang;
(iii) menghantar notis, e-mel, surat atau pesanan teks penting seperti maklumat mengenai penginapan anda dengan kami dan perubahan kepada terma-terma, syarat-syarat dan polisi-polisi kami; dan
(iv) untuk tujuan bagi kegunaan dalaman seperti pengauditan, analisis data, dan penyelidikan untuk menambah baik produk, perkhidmatan dan komunikasi pelanggan kami.

Perlindungan Data Peribadi Anda
Langkah berhati-hati yang perlu telah diambil, sama ada di peringkat pentadbiran mahupun teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses, penzahiran, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan.

Penyimpanan Data Peribadi Anda
Semua Data Peribadi anda yang dikumpul oleh kami akan disimpan oleh kami bagi tempoh yang dibenarkan/diperlukan di bawah Undang-undang Malaysia, yang akan berlanjutan ke tempoh-tempoh selepas selesai perhubungan kontraktual anda dengan kami.

Akses dan Pembetulan ke atas Data Peribadi Anda
Kami akan berusaha untuk memastikan maklumat anda tepat, lengkap dan terkini. Anda boleh membantu kami untuk memastikan agar maklumat hubungan dan keutamaan anda adalah tepat, lengkap dan terkini dengan menghubungi kami.

Kami boleh menolak untuk memproses permintaan yang berulang secara tidak munasabah, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, menjejaskan privasi pihak lain, tidak praktikal, atau bagi akses yang sebaliknya tidak diperlukan oleh undang-undang tempatan.

Perubahan
Kami berhak untuk mengemas kini dan meminda dasar ini dari masa ke masa. Sebarang perubahan material akan dipaparkan pada laman web kami.

Pendedahan
Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada syarikat-syarikat berkaitan dan bersekutu dalam The Nomad Group Bhd, penyedia-penyedia perkhidmatan yang dilantik, ejen-ejen, peniaga-peniaga, sekutu dan rakan niaga, penasihat profesional sama ada terletak di dalam mahupun di luar Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan dan produk The Nomad Group Bhd kepada anda.

Hubungi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi Pengurus Kediaman kami di talian 03–20923232, e-mel kepada rm.bangsar@thenomadresidences.com atau anda boleh menulis kepada kami ke alamat: The Nomad Bangsar Sdn Bhd,136 Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

Kami percaya bahawa anda bersetuju dan membenarkan perkara di atas berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami sebagaimana dinyatakan di atas. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan perkara di atas, sila hubungi kami melalui butir-butir hubungan yang tersebut di atas.


TOP